Thursday, October 23, 2008

Kalau dah Tak Nak Bagi ...


Kalau dah tak nak bagi
macam-macam alasan boleh diberi

Tiada budget
Ekonomi meleset
kerja tidak cemerlang
tugasan tidak sempurna

kalau dah tak nak bagi
cakap sahaja tak nak bagi
usah di war-warkan semua boleh cuba

mencuba bukan senang
80 jam duduk mendengar
berjam-jam menyediakan laporan

walau dengar macam-macam berita
sudah ada senarai
hanya yang tertentu akan dipilih sahaja

tapi tetap mencuba

nah....
keputusan dah diterima
terasa segala yang dibuat sia-sia

benar kata orang
kalau dah tak nak bagi...

buat apa sahaja
dia tetap tak nak bagi....

kerana aku tau
mr moustache juga tahu

kami tidak akan mengampu.....

No comments:

Post a Comment